salam,
hari ni 30 jan 2010,ahad.. hari kedua di kelantan. ermm...teringat kata2 yg selalu diperkatajn oleh shafizan.. setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama.. mungkin inilah permulaan untuk aku memulakan hari2 sebagai GPI. kata hakim plak..setiap nikmat dan musibah itu adalah nikmat dari DIA YANG MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU....
Ya Allah kau bantulah aku, kau permudahkan setiap urusanku. Ampunkan segala salah silapku, kelalaian dan kesilapanku... Kau bantulah aku yang sering terleka dan lalai ini...
oranglain dah get ready untuk esok aku ni..masih lagi menumpang bilik org..erm.. rummate aku x balik dr kampung lagi..camno ni????
permudahkan aku Ya Allah.
AMIN.
Saturday, January 30, 2010
Wednesday, January 20, 2010
Friday, January 15, 2010
Hari ini...
tika dan saat ini
terasa indah menemani hati
bersama teman mewarnai hari
sampai bilakah perasaan ini akan begini...
suatu hari tika sendiri
pasti memori indah menari
bersama teman kini mengabdi
seluruh negara menabur budi
anak bangsa pemimpin kini..
tika begini saat ini..
menghitung hari muhasabah diri
bangkitlah semangat menyokong hati
agar diri tabah menghadapi
setiap cubaan dugaan duniawi....
KASIHKU AKMA...5.21PM BILIK PPU.
terasa indah menemani hati
bersama teman mewarnai hari
sampai bilakah perasaan ini akan begini...
suatu hari tika sendiri
pasti memori indah menari
bersama teman kini mengabdi
seluruh negara menabur budi
anak bangsa pemimpin kini..
tika begini saat ini..
menghitung hari muhasabah diri
bangkitlah semangat menyokong hati
agar diri tabah menghadapi
setiap cubaan dugaan duniawi....
KASIHKU AKMA...5.21PM BILIK PPU.
Sunday, January 10, 2010
Titip Rinduku....
Assalamualaikum...
tetiba rasa nak menulis dalam kesibukan menyiapkan tugasan yang rasanya seperti tak pernah habis ni...erm, salah sendiri jugak, tak nak siapkan awal2 dulu, suka benar menangguhkan kerja...padan muka sendiri...
Tinggal lagi beberapa hari untuk bersama sahabat sahabat semua..sedih rasanya, selama tempoh 7 bulan ni, banyak yang kita tempuhi dan lalui bersama.. setiapnya pasti meninggalkan kesan di hati ni..
tak pernah kita jangka akan bertemu dibumi bertuah ni...tapi ini semua takdirnya yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku dan akan berlaku... Semoga pertemuan kita disini akan membibitkan benih2 kasih dan sayang...untuk kita bersama-sama mendidik anak bangsa kita,anak-anak, adik-adik yang pasti suatu hari nanti akan menjadi pejuang agama dan negara kita ini.
erm..kenapa saat genting begini pula datang emosi ku..hehehe..
tangisan yang tak pasti alasannya..takut sebenarnya, sanggupkah aku bolehkah aku meneruskan harapan dan impian ini keseorangan... aku benci pada kehilangan dan perubahan ini.. Kuatkan aku Ya Allah... semoga diperjalanan ku yang mendatang akan ada sahabat yang akan bersama membimbing dan membantu disetiap langkahku...
Titip Rinduku..
gemersik suara menyentuh hati ini
bagai terlalu lama diperantauan
mencari ilmu mendidik jiwa
melakar jalan mewarnai hidup..
mendayu lagu mencarik memori ini
tidak kujangka kita bertemu
bersama menempuh dunia yang tak terjangka oleh fikiran
namun, takdir Nya kita disini
aku redha pada ketentuanMu Ya Allah,
tetapkan aku, lembutkan hatiku ini ya Allah...
Moga ini yang terbaik untuk ku..
erm..maafkan aku tak dapat meneruskan bicara ini, sakit rasanya bila mengenang kisah lama...
Friday, January 8, 2010
Kenangan Maria
Kenangan atas feri on the way balik dari Pangkor....sweet memory with her, thaks so much for supporting and help me all this time. Love u so much sis...
Kasih Maria (dedikasi buat sahabatku Mariayani Abdul Rahim)
Pinjamkan aku semangat mu wahai teman,
pimpinlah aku bersamamu dalam menempuh hari mendatang,
sahabat,
tak terjangkau langkahku ini...tanpa hadirmu menemaniku,
Kasihmu penguat semangatku,
menempuh dugaan dan cubaan,
Teguranmu mengingatkanku dikala lekaku...
Terima kasih teman, sahabat saudaraku...
Untuk segala kenangan dan ingatan yang terindah dalam kamus hidupku.
-Qasehku Akma,10.20mlm 8jan09-
Thursday, January 7, 2010
KasihMU Ya Allah
She is one of my lovely sis & friend...KasihMu Ya Allah mempertemukan kami disini... Dia yang banyak membantu aku dalam menyusuri perjalanan hidup sbg pelajar DPLI dan bakal GPI... Kata nasihat dan tegurannya banyak mengingattkan ku padaMU Ya Allah. Bersyukur padaMU kerana Kasih sayangMU aku berada dibu,i UIA tercinta ini bersama-sama sahabat-sahabat yang memahami, menyayangi, saling mendorong dan menyokong untuk menjadi GPI berjaya...THANK YOU HUSNA....(sejuk mata memandang hehehe)
Saturday, January 2, 2010
DPLI IIUM JULY 09
Friday, January 1, 2010
menghitung hari...
ermm...tak pasti apa perasaan yang sebenarnya..suka duka gembira takut seram gerun semuanya ada bercampur dalam diri ni... gembira sbb dah nak abis belajar ni tapi sedih nak tinggalkan kawan2...x tau la bila lagi blh jumpa..walau byk cerita sedih duka gembira pahit sepanjang program DPLI ni tapi kenangan bersama sahabat2 semua sangat indah pada aku...takut nak hadapi masa depan yg belum pasti..boleh ke aku nak jadi guru yang bagus... bak kata ust arifin GPI yang berjaya serba boleh ermmm...beratnya tanggung jawab GPI ni..diri sendiri pun terkontang kanting lagi..masih dalam usaha mengenal diri dan menanbah ilmu...kawan2 kat sini banyak membantu aku dlm proses aku belajar dan kembali ke daerah ini setelah hampir 2 tahun aku terleka......terima kasih SAHABAT tanpa kalian entah apa yg akan berlaku...Aku bersyukur padaMu Allah...
tinggal lagi 2 minggu di bumi UIA ni... semoga segala perancangan selari dengan perancanganMu Ya Allah..
tinggal lagi 2 minggu di bumi UIA ni... semoga segala perancangan selari dengan perancanganMu Ya Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)