Wednesday, December 30, 2009

kelekaan dalam kesibukan...

terkadang terasa masa bagai terlalu jauh meninggalkan diri..
terkadang pula, bagai masa tak berjalan penat menunggu tiba..
ermm...manusia sentiasa lupa dan alpa..
lupa dikala kesibukan yang amat
alpa dikala lapang tak terkata..

tika ini,
masa bagai tak terkejar.. terlalu pantas ia berlalu
begitu cepat meninggalkan kita disini
aku,
bagai kelemasan dalam mengejar masa yang bagai tiada penat berlalu laju..
terkadang hingga aku terdampar lesu
dek kepenatan mengejar masa

namun,
masa tetap berlalu
walau aku bagai hilang arah
mana yang patut dimulakan...
terkadang menangis mengenang saat2 lalu yang terbuang tanpa manfaat
terkaang timbul cemburu pada masa lalu yang pergi
mengapa tidak aku begitu begini dahulu...?
mengapa sekarang aku kepenatan?

manusia..
sukar difahami diri sendiri...
apa yang ada?
apa yang perlu/
apa yang pasti, masa tidak menanti mereka yang leka dalam kesibukan nyata ini...

Tuesday, December 22, 2009

KurniaMu

Bagai terjaga dalam sedar..
hari yang berlalu
penuh duka dan luka
tidak pasti dimana lukanya
hanya darah yang mengalir

adakah hati
atau perasaan semata
kemana nak ku bawa
tiap persoalan ini

tiap saat penuh makna
rungkaian simpul tak pernah putus
hanya Dia yang mengetahui
adakah aku mampu
mencari jawapan yang pasti

Thursday, December 17, 2009

Malam Ini...

alhamdulillah....akhirnya tibalah hari yang dinanti2kan oleh semua, ermm...aku?? entahlah, mungkin tidak sepenuh hati. setelah 2 bulan aku menguruskannya, esok akan bermula perjalanan sebenarnya... Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan dan perjalanan kami, moga kami selamat tiba dan selamat pulang. Semoga segala perancangan kami seiring dengan perancanganMu Ya Allah. Telah aku usahakan segala termampu dan terdaya, semoga semua akan bekerjasama dan saling membantu dalam usaha ini. Aku hanya membantu setakat termampu oleh dayaku..semoga sedikit bantuanku ini akan memberi manfaat kepada semua rakan2 yang akan mendidik anak bangsa menjadi manusia Muslim yang benar.
2 bulan memerah fikiran yang jarang sekali digunakan, erm... amat lelah kurasakan. YaAllah, Kau yang Maha Mengetahui setiap sesuatu didunia ini...berikanlah petunjuk dan hidayahMu pada ku dalam ku menyusuri sisa2 hidupku dibumi Mu ini...

Sunday, December 13, 2009

KasihMu Ya Allah

Ya Allah,aku bersyukur padaMu Allah..walau telah lama aku terleka dalam asyiknye kegembiraan dunia, kau kembalikan padaku nikmat mengingatiMu YaAllah.. Mungkin inilah hikmahnya, aku menurut kata ibu yang sentisa mendoakan kebakaikan ke atas anaknya..
Ibu, emak, mama walau apa gelarannya, dia tetap satu yang mengandungkan melahirkan membesarkan dan sentiasa menyayangi anak2nya..
Dulu, ketika pertama kali aku berseetuju mendaftarkan diri ke UIA buat kali ke2nya, aku seperti ragu-ragu..masih tertanya2 pada diri..mengapa dan kenapa aku menurut? namun, setelah ku pujuk hati, aku melangkah jua akhirnya kini 6 bulan aku disini.
aku sedar kini walau kadang2 masih terlintas pertanyaan di sudut hatiku, betul ke? mampukah aku menjadi seorang pendidik bukan sebarangan guru tetapi guru pendidikan isalm..besar tanggungjawab itu... layakkah aku yang cetek ilmu ini kadang2 jahil mengenai agama ini mendidik anak bangsa... Ya allah bantulah aku!!!
2 tahun aku terleka yaallah. akhirnya kau kembalikan kau kesini...tempat yang mendidik aku menjadi manusia muslim yang sebenar..insyaallah. Padaku peluang kedua yang muncul ini bagaikan emas yang x ternilai harganya.... kau bantulah aku, kau berikanlah petunjuk padaku yaallah... kau tetapkanlah hatiku pada MU yaAllah.jauhkanlah aku dari segala keburukan dan kejahatan dunia ini.
YaAllah, andai dia benar untuk ku kau permudahkan lah urusan kami, andai dia bukan untukku kau berikanlah petunjuk pada kami.. Kau kurnikanlah padaku suami yamg mampu membimbingku menyayangimu Ya allah...suami yang ikhlas dan jujur brsama ku membina istana bahagia menuju redhaMu yaAllah.... Amin ya rabbal alamin...

Friday, December 11, 2009

Ya Allah..

Dah seminggu x menulis kat sini..erm, bukan ape terlebih rajin wat keje lain sampai x sempat nak menjengah kat ruangan ni. tinggal lagi seminggu untuk program pangkor. as a PM x tau la nak cakap mcm ne...takut, bimbang, gerun semua ada..blh ker? bukan aku x percayakan ajk2 aku tapi aku rasa aku yang x reti nak jadi ketua...

Ya Allah, kau bantulah aku dalam perancangan ini,
YA Allah, kau bantulah aku dalam prjuangan ini,
Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan di atas ujian Mu ini,
Ya Allah, kau berikanlah aku kesabaran yang tinggi dalam perjuanganku ini,
Yallah, terlalu banyak permintaanku ini... Kau permudahkanlah segala urusan hidupku ini.. semoga dalam usaha ku ini, aku tidak leka lalai kepadaMu Ya Allah...
Hanya padaMu aku bermohon pertolongan dan bantuan Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui apa ynay terbaik untuk ku hambaMu yang kerdil ini.

Sunday, December 6, 2009

Program Sembelihan & Pengurusan Jenazah PPU-UIAM'09

Ahad,6 Dis 2009...

Alhamdulillah..smalam dah selesai program sembelihan dan Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh PPU DPLI 09. Program bermula pd pukul 9 pagi dan di ketuai oleh Ust Zainudin (Masjid UIAM)..Akhirnya,terkorbanlah 15 ekor ayam daging di tangan bakal2 cikgu cikgu DPLI UIAM ..masa tunjuk cara oleh Ustaz teringin juga nak try sembelih ayam tu..tapi bile tibe time pelajar try..aku la orang pertama yang lari ke belakang..ermmm pening tengok darah campur plak penakut memang tak jadi la aku sembeleh ayam tu...
Akhirnya, aku bawa diri ke bahagian potong2 bawang..heheheh, x dapat potong ayam potong bawang pu okey arr. selepas, ke15 ekor ayam tu di sembeleh, tiba la saat mencabut bulu ayam plak.. sangat menarik dan seronok... semua 30orang peserta bekerjasama mencabut bulu ayam, memotong ayam, membasuh ayam, menyediakan rempah ratusnya... seronok plak rasa macam kenduri kawen jek hahahha...
Bila dah siap semua, akhirnya tibalah giliran aku untuk menggoreng ayam tu... lbh kurang jam 12 tghari ayam2 itu selamat menjadi habuan cikgu cikgi yang kelaparan...
Cube korang bayangkan,15 ekor ayam untul 30 orang cikgu hahaha...camno gayonya tu..
Alhamdulillah...kenyang sampai malam...
Banyak juga pengalaman Ustaz Zainudin share bersama kami..insyaallah akan dijadikan pengajaran di masa depan.
Program Sembelihan dan makan2 ini berakhir ketika azan zohor berkumandang...Cikgu Cikgi bersiap sedia untuk solat Zohor dan Program seterusnya...ermm nanti la aku sambung cerita, nak kena siapkan kerje sekolah dulu..
wassalam.