Sunday, December 6, 2009

Program Sembelihan & Pengurusan Jenazah PPU-UIAM'09

Ahad,6 Dis 2009...

Alhamdulillah..smalam dah selesai program sembelihan dan Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh PPU DPLI 09. Program bermula pd pukul 9 pagi dan di ketuai oleh Ust Zainudin (Masjid UIAM)..Akhirnya,terkorbanlah 15 ekor ayam daging di tangan bakal2 cikgu cikgu DPLI UIAM ..masa tunjuk cara oleh Ustaz teringin juga nak try sembelih ayam tu..tapi bile tibe time pelajar try..aku la orang pertama yang lari ke belakang..ermmm pening tengok darah campur plak penakut memang tak jadi la aku sembeleh ayam tu...
Akhirnya, aku bawa diri ke bahagian potong2 bawang..heheheh, x dapat potong ayam potong bawang pu okey arr. selepas, ke15 ekor ayam tu di sembeleh, tiba la saat mencabut bulu ayam plak.. sangat menarik dan seronok... semua 30orang peserta bekerjasama mencabut bulu ayam, memotong ayam, membasuh ayam, menyediakan rempah ratusnya... seronok plak rasa macam kenduri kawen jek hahahha...
Bila dah siap semua, akhirnya tibalah giliran aku untuk menggoreng ayam tu... lbh kurang jam 12 tghari ayam2 itu selamat menjadi habuan cikgu cikgi yang kelaparan...
Cube korang bayangkan,15 ekor ayam untul 30 orang cikgu hahaha...camno gayonya tu..
Alhamdulillah...kenyang sampai malam...
Banyak juga pengalaman Ustaz Zainudin share bersama kami..insyaallah akan dijadikan pengajaran di masa depan.
Program Sembelihan dan makan2 ini berakhir ketika azan zohor berkumandang...Cikgu Cikgi bersiap sedia untuk solat Zohor dan Program seterusnya...ermm nanti la aku sambung cerita, nak kena siapkan kerje sekolah dulu..
wassalam.

No comments:

Post a Comment