Sunday, March 20, 2011

A new life of me


Terlalu lama membiarkan laman ini sepi tanpa cerita...
Alhamdulillah, hari ini saat bahagia bersamaku insyaallah..moga DIA sentiasa memberikan kebahagiaan buat diri ini. Amin.

Tanggal 17 Mac 2011(Khamis), jam 2.47 petang..Syukur padaNya aku kini bergelar tunangan seseorang. Insyaallah jika dipanjangkan umur dan jodoh kami, aku akan bergelar isteri kepada seseorang itu tidak lama lagi....

Perasaan?? sukar untuk dinyatakan..ada gembira bahagia jugak masih rasa kurang percaya...sudah bersediakah aku untuk memulakan perjuangan baru dalam kehidupan baruku nanti.... kata seorang sahabat.." usah kau bimbang, usah digusarkan...setiap yg berlaku itu sudah ditetapkan dia, terima dengan hati yg terbuka..insyaallah kau pasti boleh...yg penting kau berusaha utk belajar dan memahami erti rumahtangga..."

YA ALLAH
KAU PANJANGKAN JODOH KAMI..
PERMUDAHKAN SETIAP PERANCANGAN KAMI...
SEMOGA APA YG KAMI RANCANG SEIRING PERANCANGANMU...AMIN.

KurniaMuAkma