Wednesday, December 8, 2010
Sandakan...
tertanya aku bagaimanakah nanti akan aku hidup dibumi Allah yang tidak pernah ku jejaki...
yang jauhnya dari pandangan mata kedua ibubapaku...
yang namanya tak pernah ku sebut untuk menjadi tempat bermukimnya aku...
pelbagai rasa, pelbagai telahan, pelbagai bayangan..
pastinya tiada yang indah...
pelbagai cerita, pelbagai kisah kuperoleh dari mereka yang kononnya tahu..
hari ini...
aku disini meniti hari mengumpul memori...
tiada kisah seram yang ada hanya kegembiraan..
ya, diawal kedatanganku ada jua airmata yang mengalir laju dipipi ini..
takut menghadapi hari2 yang tak pasti dibumi sandakan ini..
namun makin ditinggal hari, air mata kian hilang...
hati kini kuat teguh kerna kini kutahu aku bukan bersendiri..
disini aku punya teman yang sentiasa ada tatkala suka, duka,gembira, luka, bahagia...
disini hari ini...
hatiku bertambah kasih pada bumi ini..
dikala hatiku luka, kembara aku disini kerna DIA yang mengaturnya..
disini jua hati lukaku kembali pulih gembira bahagia...
dibumi ini bersama teman ku jalani hidup dengan pasti dan yakin..
DIA pasti akan memberikan bahagia setelah DIA tempatkan aku disini jauh dari duka disana...
SANDAKAN 38 hari aku disini....
kuyakin bahagia pasti milikku hari ini dan hari yang mendatang, dengan izinNYA.
Saturday, October 30, 2010
UNTUKMU "SAHABAT"
tika aku perlukan seorang sahabat untuk menjadi pembimbing..
tika resah terlalu hebat dihati ini..
akhirnya kau pergi tanpa sempat kukenal dirimu sahabat..
terlalu singkat perkenalan kita,
namun banyak cerita telah dikongsi bersama..
terima kasih sahabat...
hadirmu walau hanya seketika pasti menjadi kenangan buat ku terokai dunia persahabatan..
maafkan aku sekali lagi...
jika hari ini tak mampu kau maafkan aku,
doaku suatu masa Allah lembutkan hatimu untuk memaafkan diriku..
SELAMAT TINGGAL SAHABAT.
Hatiku...
Saturday, October 23, 2010
Dunia baruku
Kini di SMK Elopura...dimana yer? ya kini aku jauh dari keluarga ytersayang..dari dia yg pernah melukakan..dari kennagan yang menyakitkan namun penuh cerita yang sentiasa akan jadi panduan hidupku.. terkadang yang merobek hati itu sebenarnya guruyang terbaik untuk kitya menjadi seorang manusia, hambaNya yg lebih baik..
after 3 weeks here, ketenangan itu bersamaku, kebahagiaan makin jelas...walau tanggungjawab baru ni amat berat amat besar cabarannya..namun demi janji yg pernah kuukir, akan ku kuatkan hati dan diri ni.. Ya Allah padaMu aku mohon kekuatan dan kemudahan untuk menghadapi setiap cabaran baru dalam fasa kehidupan ku sebagai GURU BARU...
semuanya serba baru..ditempat baru bersama teman baru bertemu pelajar yang baru pelbagai ragam dan karenah..terkadang lucu, mencuit hati terkadang sakit menaikkan mamarah dihati..namun itulah masam manis hidup dalam dunia baruku ini....
eremmm x tau merepek apa ni..tapi yang pasti aku bahagia begini dan disini...
Berikan yang terbaik untuk aku Ya Allah...amin.
Monday, August 30, 2010
Sabah Oo Sabah..
EEErrrmmmm....tapi bila dah ramai sgt kawan2 ygdapat Sabah, aku terpikir..best jugak, sebab ape? yelah, dibuatnya aku sorg2 tersesat kt semenanjung pastu tercampak plak kt pedalaman jugak..huhu nangis la sorg2..kalau kat sana, boleh nangis ramai2..hahaha ada jugak manusia cam ni erk...
walau apapun, bersyukur pada Mu Ya Allah, akhirnya dapat jugak posting, x kisah la kat mana2 pun..semua yg Kau aturkan utk kami ni pastilah yg terbaik utk diri dan hidup kami...amin.
Hari ni, aku masih menunggu pakcik posmen, harap2..ermmm x tau nak harap apr? kalau ada surat ari ni maksudnya kena pi SABAH, kalau masih x de, kena tunggu lagi smp ari khamis ni...ish ish ish..x larat nak tunggu dah ni...camne yer, ke memang betul aku dapat semenanjung jer ni???
Masih menanti sebuah jawapan!!!
Sabar ye AKMA... ;)
Tuesday, August 24, 2010
Rasa Hati ini...
kuserahkan segalanya dihati ini padaMU
Kau Yang Maha Mengetahui
Kau yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Mendengar
Kau Yang Maha Adil...
Kupohon ketenangan hati dalam tiap doaku
Kupohon kekuatan jiwa dalam bicara doaku
Kuserahkan padaMU Ya Rabb...
namun mengapa masih ada resah
mengapa masih ada duka..
Ya Rabb..
IKhlaskan hati ini...
Hanya Kau yang Berkuasa..
bimbinglah hati ini...
AMIN...
~Akma~
Monday, August 23, 2010
kereta lagi...
biasala aki ni darah gemuruh, penakut semua ada lah..sebelum sampai giliran aku utk ditest..huhu mcm2 perasaan aku siap rasa nak demam tuh... balik dr test tu terus tido..dr tghari smp ptg... naseb bek sempat jgk aku solat zohor haha..letih yg amat sgt rasanya...mlm tu after solat terawih sambung tido lagi..biasa wat 20 rakaat mlm td x larat nk diri wat 8 jer...ish ish ish buruk benor perangai aku nih...patutnya kena wat lebih lagi tanda syukur diatas kejayaan ni ye tak? ermm....
alhamdulillah bangun tido pg tadi dah sihat...huhu ari ni keja. alone... bertemankan PC & cerita2 didalamnye..seb bek internet dah ok..;)))
Sunday, July 18, 2010
KERETA OH KERETA....
test parking dulu..alhamdulillah berjaya, walaupun debaran yg amat sangat..smp kan last skali bila nk pi amik borang kt encik JPJ tu x leh nk tandatangan hahaha ketaq...mcm2 sampai encik2 JPJ tu gelak...lepas tu tunggu lagi kat 1 jam lagi utk jalan raya plak..aku dpt jalan C
Tuesday, July 6, 2010
Hari-hari yg berlalu..
JUST WANT TO SHARE WITH ALL OF U...
Ustazah,
ingin kuluahkan seribu bicara, seluas lautan,
sebanyak burung burung berterbangan,
Namun,
detik dan saat yang berlalu,
tak mampu kukejar
waktu bersama antara kita
tak mampu kuhentikan
biar kekal disitu,
hingga hujung nyawa
Mungkin kehadiranmu sementara
tetapi namamu terpahat dijiwa
mungkin kita bukan saudara
tetapi engkau sudi
mendengar luahan rasaku
yang tak pernah ada penghujungnya
Ustazah,
antara kita tak mungkin berakhir
walau pertemuan berakhir dengan perpisahan
walau kelahiran berakhir dengan kematian
kuharap ada pertemuan kedua antara kita
semoga pertemuan itu tidak akan berakhir dengan perpisahan
kerana
antara kita ada sesuatu yang yg tak mungkin terpadam
jasa pengorbananmu terhadapku
dan kasih sayangku terhadapmu.
Ustazah,
kutahu ada kesilapan yang pernah kulakukan
kutahu mungkin ada rasa tidak senang terhadap diriku
untuk itu, maafkan daku
kerna pernah melukai hatimu
seribu penghargaan buatmu dariku...
p/s : utk semua pelajar SMSTMFP, especially 2a & 1d... kalian adalah pengalaman yg indah buat saya. Terima Kasih & mohon maaf jua atas kekurangan yang mungkin terlepas pandang oleh saya.LOVE U ALL
Sunday, June 6, 2010
Posting oh posting...
posting?? bile yer...
dah sedia ke?? kalau x sedia pun kena jugak...dah itu janjinya...setiap janji perlu dipenuhi betul x? org yg mungkir janji hukumnya aper? berdosa...salah satu ciri org munafik...kan??? itu yg kita belajar kan..dan itu yg telah diajarkan pada anak2 kan??? KUAT..BANGUN..BANGKIT...TABAH..CEKAL...wajib bergerak maju utk diri sendiri jugak....
posting? bile yer..
dah x larat lagi duk umah sesajer ni...tapi best jugak duk umah sebenarnya...nanti dah start keje x tau bila boleh balik umah lagi..kalau dpt posting kat umah jer x pe la...tapi mimpi la kau hehehe.... duit pun dah lama x masuk, camne ni???cepatlah posting.... yaallah, kau tempatkan aku ditempat yg tebaik utk ku, masa depanku, keluarku, agamaku, duniaku, akhiratku....amin.
Thursday, May 27, 2010
1 hari lagi...
x tau nak mula dr mana..rasa sakit ni x penah luntur sejak hari itu...aku dh cuba utk melupakan..tapi gerak langkahnya menambah curiga dihati.. perlukah aku teruskan dalam penafiannya..rasa sayang ini kadang amat menyakitkan.. adakah sayang dia masih seperti dulu??? adakah aku kini bukan lagi yg terpenting dlm hidupnya...
kamu
berikan aku kepastian...adakah benar setiap penafianmu itu..atau ia hanyalah sekadar kata utk menutup kesilapanmu.. andai benar kini kau ada yg lain..katakan padaku..jangan kau biarkan aku terus begini..yg akhirnya menyakitkan diri ku..
benarkan aku mencari bahagiaku andai bukan bersama mu..cukupla disini..
Thursday, May 13, 2010
Sunday, May 9, 2010
selepas seminggu..
rutinku kini berubah...kalau dulu bangun pagi, usai solat subuh aku bersiap bersama cik Mar ke sekolah..kini, bangun pagi..kemas rumah..genap jam 11.000am bersiap turun kemedan dapur hehehe memasak utk makan tengahari...nak kata pandai tu tidak la...gulai kari belum belajar lagi heheh bila tu??? nanti dulu la, belum nak kawen lagi..boleh ker aku jawab macam tu...hahaha ntah la..
Wednesday, April 28, 2010
luka ini x mungkin kau tahu..kerna hanya aku yang merasainya..
kamu? masih disana..melihat memandang namun x upaya merawat duka ini.
kasihku sayangku..siapa aku bagimu...
sakit? siapa yang tahu..hanya aku dan juga diriku..
kau tetap disana memerhati menanti....
aku x punya daya utk terus berdiri...
hatiku dicalit curiga..benarkah aku masih dihatimu..seperti dulu?
sakit ini...hanya aku bukan kamu...
Ya Allah, kau brikan petunjukMu pada ku..agar sakit ini terhapus...agar rasa ini kembali teguh...andai ada noda diantara kasih dan sayang kami..kau bantulah aku mencarinya... kurniakan aku secebis ketenangan..moga setiap yg berlaku dapat ku hadapi...
still hurt me...
Monday, February 15, 2010
Praktikum...
setelah hampir 3 minggu praktikum, baru berkesempatan untuk menyemak blog ni, ermmm.. susah jugak yer nak jadi cikgu ni, banyak cubaan dugaan nya. Aku yang mmg agak "rajin" ni kena jadi rajin yang amat plak sekarang huhuhu... saper cakap jadi cikgu ni mudah....kerjanya x payah tapi tanggungjawab yang dipikul tu yang amat berat. Bolehkah aku??? dari hari pertama aku decide untuk regist nama kat INSTED dulu itu lah pertanyaan yg seringkala bermain difikiran ni...
31 jan 2010...hari pertama praktikum kat SMS Faris Petra, Pengkalan Chepa...
Saat langkah pertama kat gate, terasa debaran yang amat sangat..camner la pengetua? guru? pelajar2? semuanya bersatu padu menambah ketidak keruanan aku..yg paling best aku dah surfing internet pasal sekolah tu, tapi smp jerk kat sekolah aku lupa nama pengertua...nasib bek abg guard tu sporting hehehe tanya dia la.. En, Kamarudin. ermmm kurang skit debaran.
Sesampai sahaja diperkarangan sekolah, students semua dah berkumpul..ooo mak aii pukul 7 pagi dirang dah start berkumpul..mmg hebat!!!! ermm salah citer plak... pasal aku lagi nak jumpa pengetua..kat mana nak cari bilik pengetua ni???? terjumpa la cikgu ni..." assalamualaikum, kak" kata aku... " kami cikgu praktikal baru nak daftar diri hari, bilik pengetua kat mana yer?" "ooooo..cikgu praktikal...bla bla bla...' sambil membawa ami ke opis bilik pengetua...alhamdulillah..semua guru disini menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka (",)....
Sunday, February 7, 2010
Renungan Bersama Teman....
Saya terjumpa kata-kata indah ini dalam internet....kata-katanya menarik minat saya unyuk dikongsikan dlm blog saya yg telah lama menyepi ini...
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali
menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak
dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok
mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali
berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha
dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali
kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya....
Saturday, January 30, 2010
Debaran GPI
hari ni 30 jan 2010,ahad.. hari kedua di kelantan. ermm...teringat kata2 yg selalu diperkatajn oleh shafizan.. setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama.. mungkin inilah permulaan untuk aku memulakan hari2 sebagai GPI. kata hakim plak..setiap nikmat dan musibah itu adalah nikmat dari DIA YANG MAHA MENGETAHUI SETIAP SESUATU....
Ya Allah kau bantulah aku, kau permudahkan setiap urusanku. Ampunkan segala salah silapku, kelalaian dan kesilapanku... Kau bantulah aku yang sering terleka dan lalai ini...
oranglain dah get ready untuk esok aku ni..masih lagi menumpang bilik org..erm.. rummate aku x balik dr kampung lagi..camno ni????
permudahkan aku Ya Allah.
AMIN.
Wednesday, January 20, 2010
Friday, January 15, 2010
Hari ini...
terasa indah menemani hati
bersama teman mewarnai hari
sampai bilakah perasaan ini akan begini...
suatu hari tika sendiri
pasti memori indah menari
bersama teman kini mengabdi
seluruh negara menabur budi
anak bangsa pemimpin kini..
tika begini saat ini..
menghitung hari muhasabah diri
bangkitlah semangat menyokong hati
agar diri tabah menghadapi
setiap cubaan dugaan duniawi....
KASIHKU AKMA...5.21PM BILIK PPU.
Sunday, January 10, 2010
Titip Rinduku....
Assalamualaikum...
tetiba rasa nak menulis dalam kesibukan menyiapkan tugasan yang rasanya seperti tak pernah habis ni...erm, salah sendiri jugak, tak nak siapkan awal2 dulu, suka benar menangguhkan kerja...padan muka sendiri...
Tinggal lagi beberapa hari untuk bersama sahabat sahabat semua..sedih rasanya, selama tempoh 7 bulan ni, banyak yang kita tempuhi dan lalui bersama.. setiapnya pasti meninggalkan kesan di hati ni..
tak pernah kita jangka akan bertemu dibumi bertuah ni...tapi ini semua takdirnya yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang berlaku dan akan berlaku... Semoga pertemuan kita disini akan membibitkan benih2 kasih dan sayang...untuk kita bersama-sama mendidik anak bangsa kita,anak-anak, adik-adik yang pasti suatu hari nanti akan menjadi pejuang agama dan negara kita ini.
erm..kenapa saat genting begini pula datang emosi ku..hehehe..
tangisan yang tak pasti alasannya..takut sebenarnya, sanggupkah aku bolehkah aku meneruskan harapan dan impian ini keseorangan... aku benci pada kehilangan dan perubahan ini.. Kuatkan aku Ya Allah... semoga diperjalanan ku yang mendatang akan ada sahabat yang akan bersama membimbing dan membantu disetiap langkahku...
Titip Rinduku..
gemersik suara menyentuh hati ini
bagai terlalu lama diperantauan
mencari ilmu mendidik jiwa
melakar jalan mewarnai hidup..
mendayu lagu mencarik memori ini
tidak kujangka kita bertemu
bersama menempuh dunia yang tak terjangka oleh fikiran
namun, takdir Nya kita disini
aku redha pada ketentuanMu Ya Allah,
tetapkan aku, lembutkan hatiku ini ya Allah...
Moga ini yang terbaik untuk ku..
erm..maafkan aku tak dapat meneruskan bicara ini, sakit rasanya bila mengenang kisah lama...
Friday, January 8, 2010
Kenangan Maria
Kenangan atas feri on the way balik dari Pangkor....sweet memory with her, thaks so much for supporting and help me all this time. Love u so much sis...
Kasih Maria (dedikasi buat sahabatku Mariayani Abdul Rahim)
Pinjamkan aku semangat mu wahai teman,
pimpinlah aku bersamamu dalam menempuh hari mendatang,
sahabat,
tak terjangkau langkahku ini...tanpa hadirmu menemaniku,
Kasihmu penguat semangatku,
menempuh dugaan dan cubaan,
Teguranmu mengingatkanku dikala lekaku...
Terima kasih teman, sahabat saudaraku...
Untuk segala kenangan dan ingatan yang terindah dalam kamus hidupku.
-Qasehku Akma,10.20mlm 8jan09-
Thursday, January 7, 2010
KasihMU Ya Allah
She is one of my lovely sis & friend...KasihMu Ya Allah mempertemukan kami disini... Dia yang banyak membantu aku dalam menyusuri perjalanan hidup sbg pelajar DPLI dan bakal GPI... Kata nasihat dan tegurannya banyak mengingattkan ku padaMU Ya Allah. Bersyukur padaMU kerana Kasih sayangMU aku berada dibu,i UIA tercinta ini bersama-sama sahabat-sahabat yang memahami, menyayangi, saling mendorong dan menyokong untuk menjadi GPI berjaya...THANK YOU HUSNA....(sejuk mata memandang hehehe)
Saturday, January 2, 2010
DPLI IIUM JULY 09
Friday, January 1, 2010
menghitung hari...
tinggal lagi 2 minggu di bumi UIA ni... semoga segala perancangan selari dengan perancanganMu Ya Allah..