Monday, February 15, 2010

Praktikum...

Salam..
setelah hampir 3 minggu praktikum, baru berkesempatan untuk menyemak blog ni, ermmm.. susah jugak yer nak jadi cikgu ni, banyak cubaan dugaan nya. Aku yang mmg agak "rajin" ni kena jadi rajin yang amat plak sekarang huhuhu... saper cakap jadi cikgu ni mudah....kerjanya x payah tapi tanggungjawab yang dipikul tu yang amat berat. Bolehkah aku??? dari hari pertama aku decide untuk regist nama kat INSTED dulu itu lah pertanyaan yg seringkala bermain difikiran ni...

31 jan 2010...hari pertama praktikum kat SMS Faris Petra, Pengkalan Chepa...
Saat langkah pertama kat gate, terasa debaran yang amat sangat..camner la pengetua? guru? pelajar2? semuanya bersatu padu menambah ketidak keruanan aku..yg paling best aku dah surfing internet pasal sekolah tu, tapi smp jerk kat sekolah aku lupa nama pengertua...nasib bek abg guard tu sporting hehehe tanya dia la.. En, Kamarudin. ermmm kurang skit debaran.
Sesampai sahaja diperkarangan sekolah, students semua dah berkumpul..ooo mak aii pukul 7 pagi dirang dah start berkumpul..mmg hebat!!!! ermm salah citer plak... pasal aku lagi nak jumpa pengetua..kat mana nak cari bilik pengetua ni???? terjumpa la cikgu ni..." assalamualaikum, kak" kata aku... " kami cikgu praktikal baru nak daftar diri hari, bilik pengetua kat mana yer?" "ooooo..cikgu praktikal...bla bla bla...' sambil membawa ami ke opis bilik pengetua...alhamdulillah..semua guru disini menyambut kedatangan kami dengan tangan terbuka (",)....

No comments:

Post a Comment