Sunday, July 18, 2010

KERETA OH KERETA....

Hari ni aku test JPJ utk dptkan lesen kereta huhu sesi 1 pukul 7.30 pagi aku dh terpacak kt PSM ari ni..tunggu punya tunggu, pkl 9pg lebih baru start..angka giliran 44 hahaha cam peksa zmn sekolah plak..tapi debarannya lagi hebat dr exam SPM o final paper degree...
test parking dulu..alhamdulillah berjaya, walaupun debaran yg amat sangat..smp kan last skali bila nk pi amik borang kt encik JPJ tu x leh nk tandatangan hahaha ketaq...mcm2 sampai encik2 JPJ tu gelak...lepas tu tunggu lagi kat 1 jam lagi utk jalan raya plak..aku dpt jalan C

Tuesday, July 6, 2010

Hari-hari yg berlalu..

Hari ni seperti hari2 yg lalu sejak 2 bulan setelah kembali kerumah.. lepas kemas rumah, basuh baju, masak memasak..aku pun masuk bilik menggeledah barang2 yg dah nk berabuk aku biarkan lepas praktikal ari tu.. selongkar punye selongkar punye selongkar hehehe i just found my beautiful poem yg ditulis oleh seorang studentku pada hari terakhir aku kat sekolah (SMSTMFP), NOR HELYANA GHAZALI (2A).
JUST WANT TO SHARE WITH ALL OF U...

Ustazah,
ingin kuluahkan seribu bicara, seluas lautan,
sebanyak burung burung berterbangan,
Namun,
detik dan saat yang berlalu,
tak mampu kukejar
waktu bersama antara kita
tak mampu kuhentikan
biar kekal disitu,
hingga hujung nyawa

Mungkin kehadiranmu sementara
tetapi namamu terpahat dijiwa
mungkin kita bukan saudara
tetapi engkau sudi
mendengar luahan rasaku
yang tak pernah ada penghujungnya

Ustazah,
antara kita tak mungkin berakhir
walau pertemuan berakhir dengan perpisahan
walau kelahiran berakhir dengan kematian
kuharap ada pertemuan kedua antara kita
semoga pertemuan itu tidak akan berakhir dengan perpisahan
kerana
antara kita ada sesuatu yang yg tak mungkin terpadam
jasa pengorbananmu terhadapku
dan kasih sayangku terhadapmu.

Ustazah,
kutahu ada kesilapan yang pernah kulakukan
kutahu mungkin ada rasa tidak senang terhadap diriku
untuk itu, maafkan daku
kerna pernah melukai hatimu
seribu penghargaan buatmu dariku...

p/s : utk semua pelajar SMSTMFP, especially 2a & 1d... kalian adalah pengalaman yg indah buat saya. Terima Kasih & mohon maaf jua atas kekurangan yang mungkin terlepas pandang oleh saya.LOVE U ALL