Wednesday, December 8, 2010

Sandakan...

tatkala kubaca surat itu pertama kalinya dulu..
tertanya aku bagaimanakah nanti akan aku hidup dibumi Allah yang tidak pernah ku jejaki...
yang jauhnya dari pandangan mata kedua ibubapaku...
yang namanya tak pernah ku sebut untuk menjadi tempat bermukimnya aku...
pelbagai rasa, pelbagai telahan, pelbagai bayangan..
pastinya tiada yang indah...
pelbagai cerita, pelbagai kisah kuperoleh dari mereka yang kononnya tahu..

hari ini...
aku disini meniti hari mengumpul memori...
tiada kisah seram yang ada hanya kegembiraan..
ya, diawal kedatanganku ada jua airmata yang mengalir laju dipipi ini..
takut menghadapi hari2 yang tak pasti dibumi sandakan ini..
namun makin ditinggal hari, air mata kian hilang...
hati kini kuat teguh kerna kini kutahu aku bukan bersendiri..
disini aku punya teman yang sentiasa ada tatkala suka, duka,gembira, luka, bahagia...

disini hari ini...
hatiku bertambah kasih pada bumi ini..
dikala hatiku luka, kembara aku disini kerna DIA yang mengaturnya..
disini jua hati lukaku kembali pulih gembira bahagia...
dibumi ini bersama teman ku jalani hidup dengan pasti dan yakin..
DIA pasti akan memberikan bahagia setelah DIA tempatkan aku disini jauh dari duka disana...

SANDAKAN 38 hari aku disini....
kuyakin bahagia pasti milikku hari ini dan hari yang mendatang, dengan izinNYA.

No comments:

Post a Comment